Thursday, October 31, 2013

Solok Lada Frozen~

Salam Semua,

Pengenalan

Pihak kami SLS Enterprise ingin melancarkan produk makanan pantai timur iaitu Solok Lada~
Produk keluaran kami ini buat masa ini antara yang pertama di Malaysia kerana ianya merupakan Solok Lada Sejuk Beku ( Frozen Food ) .

 Kami percaya ramai penggemar makanan di luar sana pernah merasa Solok Lada sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka. Namun susah untuk mendapatkan produk ini melainkan di kedai-kedai makan yang tertentu sahaja.

Oleh itu pihak kami mengambil inisiatif untuk berkongsi kelazatan Solok Lada ini untuk dipasarkan di seluruh Malaysia melalui kedai-kedai makan terpilih, pasaraya dan juga melalui online.

Asal usul Solok Lada

Bagi yang tidak pasti rupa solok lada, gambar di bawah merupakan contoh solok lada.


Gambar dari Myresipi.com



Untuk rakyat pantai timur, Solok Lada merupakan makanan yang enak di makan bersama nasi tidak kira masa. Bagi kebanyakkan orang di lembah kelang, rata-rata dari mereka memakan solok lada bersama nasi kerabu. Tidak dinafikan kombinasi makanan ini sangat menyengat namun begitu ianya juga enak dimakan bersama lauk-pauk yang lain

Resipi membuat solok lada juga dihasilkan oleh tukang masak yang berasal dari kelantan iaitu Puan Saodah. Dan kebanyakkan bahan-bahannya segar dan diambil dari Kelantan.

Cara-cara Memasak

Solok Lada Sejuk Beku ini perlu direndam dalam air panas selama 30 saat.
Kemudian ianya boleh terus dimakan.

 Setelah dibuat kajian, sekiranya dimasukkan ke dalam freezer, ia mampu bertahan selama 1 bulan.
Maka bolehlah makanan ini disimpan untuk dijamu dan dimakan bersama keluarga mahupun tetamu.
 

Bagi yang berminat sila hubungi saya di :

016 333 44 97 ( Lok )

atau email pada kami di : ordersolokladasaodah@gmail.com


1  Paket Solok Lada : RM 4.50 ( 6 biji )
7  Paket Solok Lada : RM 28.00 ( 42 biji )
12Paket Solok Lada : RM 45.00 ( 72 biji )